Followers

Selasa, 23 Februari 2010

Akibat menjilat pelekat surat

bodycontact telah menulis “Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya.Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.


Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidahbeliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa.

Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktorberbuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itumenjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankanpembedahan kecil pada lidahnyauntuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.

Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul suratyang dijilatnya.Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Sayasudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak
membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

Sumber: DISINI

Rabu, 17 Februari 2010

Kisah Zinnirah...

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan.

Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.


Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah SAW, terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni baik lawan mahupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik.

"Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan "Allah.. Allah.."

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, namun iman Zinnirah tidak luntur.

Zinnirah tegas berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa".

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Allahuakbar...

Sumber: DISINI

Ahad, 14 Februari 2010

kenapalah mesti EGO???

Assalamualaikum w.b.t…
Salam untuk semua…

entry kali nie, berlainan skit. asyik duk 'pinjm' entry org je, boring gk.. huhu. ntah nape tetiba je timbul persoalan nie... kenapalah mesti EGO???


saya nak bawa sahabat-sahabat suma untuk fikir sejenak persoalan nie... Best sgt ke sifat 2??? Padahal kadang-kadang ia melemaskan emosi kita sendiri.. dan silap2 haribulan boleh memusnahkan diri kita… kita semua ni just manusia. manusia yang Allah bagi sedikit kelebihan berbanding dengan maklukNya yang lain… dan di taklifkan sebagai KHALIFAH di muka bumi nie… tapi, x di nafikn ramai yg EGO kn?


Fikirkanlah.. tak kan lah kerana dengan sedikit kelebihan tu, kita dan mula lupa diri. EGO… EGO dengan makluk lain. Peliknya EGO dengan makluk yang sejenis dengan kita sendiri plak tu.. Kita semua ni di jadikan dari tanah dan akan kembali ke tanah juga, mereka yang lain pun begitu juga. Sama dan tiada beza… tak de ape pun yang boleh kita banggakan…

Sampai bila la jugak kita boleh menjadi penghuni setia bumi ni? Sampai bila… akhirnya di tanah juga tempat kita… tak tau la kot kot ada yang boleh tongkat langit… or, boleh halang malaikat maut untuk cabut nyawa nya… klu boleh buat cm2, boleh la nak EGO dengan manusia lain. Tapi rasanya tak tercapai dek akal klu nak fikir logiknya…

Ada sesetengah orang cakap, “kita ni bukan maksum”… betul kata-kata tu, tapi cubala fikir, sebab pe ALLAH utusan kan nabi??? Sebab pe… klu bukan nak tunjuk contoh teladan yang baik kat kita… dah terang lagi bersuluh dah.. seperti di jelaskan dalam sepotong hadith nabi… “innama buith tu li utammi ma makarimal akhlak” maksudnya: “sesungguhnya aku di utuskan untuk menyempurnakan akhlak”…

So, renung-renungkanlah… ambil masa beberapa saat, cuba fikir, EGO kah kita?

p/s: entry nie sebagai peringatan untuk diri sy & kite sume … semoga apa yang baik di jadikan pedoman dan yang buruk sebagai sempadan… :)

komen dari sahabat2 di alu-alukan...

Enjoy your self… be da best muslim/ah!!!

Isnin, 8 Februari 2010

Fighting for life in birth !!!

Fatimah was a 15-year-old, living in the Malian capital, Bamako.
Like millions of other teenage girls in Mali, she was already a wife and a mother-to-be.

And like the vast majority of young Malian women, she had neither the money, nor permission from her husband, to seek prenatal care.

She went into labour at home.

After 24 hours she was still in agony and her family finally took her to a community health centre. There they learned her pelvis was too narrow and the foetus was no longer alive.

She required a Caesarean section to remove the baby. Her family sent her by public transport to the hospital where such an operation was possible.

On the way, her uterus ruptured and she bled profusely.

'Too late'

"By the time she got here, it was too late," says Professor Amadou Dolo, chief gynaecologist at the Point G Hospital in Bamako.

'We might have saved her if we'd had her blood group on hand. Or if she'd been brought in earlier.

"Or if she'd had prenatal care that identified the complications earlier. Instead she died."

Dolo says such unnecessary deaths of mother or child - or both - are for him, a "daily occurrence" and a "shame for humanity".

Big problem

The statistics on maternal and neonatal mortality in Mali are grim.

According to Unicef figures, in a single day 1,200 women in the country fall pregnant. Of those 230 will develop complications and 20 will die.

Two hundred of the babies will not survive past four weeks.

The situation on the continent as a whole is not much better. Mali's minister of health, Traore Fatoumata Nafo, says that in the west only one woman in 1,800 dies in childbirth.

In Africa that ratio is one in 16, by far the highest in the world.

Thirteen years ago in Nairobi, Unicef launched a "Safe Motherhood Initiative" to draw attention to the "silent tragedy" and to spurn African leaders into action.

But the same tragedy persists today.

To help get this message to some of Africa's most powerful men, Unicef and health officials in West and Central Africa have enlisted the help of some of the continent's most powerful women - the first ladies of west and central Africa.

After meeting in Bamako, first ladies from Benin, Burkina Faso, Gabon, Ghana, Guinea, Mali, Nigeria and Senegal, promised to do all they can to slash maternal and neonatal death rates in the region by half in a declaration they call "Vision 2010".

"Our idea was to get the first ladies to plead the cause," says Rima Salah of Unicef. "They are important role models for African women."

But the idea of this meeting of first ladies is highly controversial.

One prominent Malian journalist says that first ladies are "completely cut off from the reality" and "not role models for anyone".

Other journalists at the Bamako meeting note that with the exception of Mrs Wade of Senegal and Mrs Kufuor of Ghana, the first ladies in attendance are spouses of presidents who have ruled for many years.

They are therefore seen as largely to blame for the problems that lead to maternal mortality - lack of education among girls and women, poverty and poor health care.

There was also some scepticism about the enormous costs of the luxury accommodation, heavy security, and the presidential honours accorded the first ladies in Bamako.

But Unicef officials defended their decision to enlist the first ladies.

Without divulging the actual cost of the meeting, deputy director of Unicef Robert Froid said it was an "investment" because these women could exert influence and bring the issue to the attention of their husbands who have the power to act.

Froid said: "Some of the first ladies were visibly shocked by what they learned here."

Professor Angela Sawyer-Kamara, head of a west African network for safer motherhood, says the problem is often not lack of resources but misplaced priorities.

She points out that to equip a community centre with facilities for safe deliveries, costs about $39,000 and can save 400 lives a year.

"To save a woman's life costs only $79," she says, "but when a woman dies, her funeral costs alone range between $500 and $1,000."

Senegal's first lady admits that the first ladies' "Vision 2010"' could be "an illusion". But she hopes rather it will be "the start of something real' to end what she calls the "scandal" and "torture" of maternal mortality in Africa.

Sources : http://news.bbc.co.uk/2/hi/africa/1325293.stm

Rabu, 3 Februari 2010

Saidatina Khadijah sumber kekuatan Rasulullah

ISTERI Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah.

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.

Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan... daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.

Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya.

Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.

Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.

Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.

Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Sumber : DISINI

Isnin, 1 Februari 2010

Ketahui khasiat tumbuhan !!!


Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan. Terdapat ribuan spesis tumbuhan di negara ini. Tumbuhan yang pelbagai jenis itu bukan saja bermanfaat untuk dimakan atau dijadikan tempat berteduh malah padanya terdapat 1001 rahsia penawar bagi pelbagai jenis penyakit.

Khasiat tumbuhan sebagai penawar penyakit ini sebenarnya sudah diketahui berkurun lamanya oleh nenek moyang kita. Mereka menjadikan tumbuhan itu sebagai penawar yang sangat berguna bagi pelbagai jenis penyakit. Kerana itu kita dapat lihat nenek moyang kita masih hidup segar biarpun usia mereka sudah mencecah 100 tahun.

BAWANG PUTIH

Bawang putih dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Allium sativum dan berasal dari keluarga Amaryllidaceae. Ia adalah sumber rempah ratus yang popular sejak zaman berzaman. Khasiatnya mula dikenal pasti lebih 10,000 tahun lalu. Bawang putih berbau tengit kerana ia mengandungi sejenis minyak dikenali sebagai allicin. Ia juga kaya dengan selulos, vitamin A,B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi.

Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.

Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.

KANGKUNG

Kangkung dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Ipomea aquatica Forsk dan berasal dari keluarga Convolvulaceae. Ia adalah sejenis tanaman popular di kalangan masyarakat tempatan. Ia lazat dimakan sama ada digoreng sebagai sayur atau dicelur untuk dibuat ulam.

Kangkung kampung tumbuh liar di sawah padi ataupun di mana-mana kawasan lembab yang berair manakala sejenis lagi kangkung di tanam menggunakan benih di kebun-kebun sayur.

Tanaman ini bernilai tinggi dalam rawatan tradisional khususnya untuk meredakan kesakitan serta mengecutkan bisul. Caranya adalah dengan menggunakan segenggam daun kangkung yang segar dan hijau bersama-sama batangnya kemudian tumbuk sehingga lumat. Campur dengan sedikit garam lalu ditempelkan pada bahagian yang bengkak. Biarkan hingga kering dan anda akan dapati bisul itu kecut dan tidak lagi terasa sakit atau berdenyut-denyut. Ulang beberapa kali lagi hingga bisul sembuh sepenuhnya.

POKOK TURI

Pokok turi dikenali dari segi saintifiknya sebagai sesbania grandiflora pers dan berasal dari keluarga Leguminosae. Ia sejenis sayur kampung yang enak rasanya. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai keti di negeri-negeri di bahagian utara seperti di Pulau Pinag, Kedah dan Perlis.

Pokok turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10 meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang 25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional. Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.

KESUM

Kesum dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas.

Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersih.

BELIMBING BULUH

Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempaatn yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka.

Jus buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan pitam. Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk. Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian airnya diminum setiap pagi dan petang. Bunga belimbing juga mujarab untuk merawat sakit gigi.

KULIT KAYU MANIS

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.

Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.

Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.

TERUNG BELANDA

Terung belanda dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Solanum torvum swartz dan berasal dari keluarga Solanaceaea. Ia adalah sejenis tanaman yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia biasanya hidup liar dan banyak ditemui di kampung-kampung, di kawasan terbiar dan di kawasan hutan.

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama terung rajah wang. Disesetengah tempat ia disebut terung manggas atau terung pipit putih. Buah terung belanda dimakan untuk menambah selera makan dan menurunkan tekanan darah tinggi. Dari segi perubatan daunnya dipercayai berkesan untuk mengubati masalah pitam dan sengal-sengal tulang.

TERUNG

Terung berasal daripada keluarga Solanae. Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung. Ia berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium. Terung dikisar dan diminum untuk melawaskan kencing. Ia juga bertindak sebagai julab kerana kandungan seratnya yang tinggi Kombinasi antara serat dan terpenes, sejenis bahan antipengoksidaan, dalam terung membantu menghindarkan kesan-kesan hormon yang mengakibatkan beberapa jenis penyakit barah serta mengelakkan kerosakkan berpunca daripada pengoksidaan itu.

Terung baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Sayur terung juga digunakan oleh kaum Hindu sebagai ramuan untuk menguatkan tenaga batin. Terung juga sesuai di gunakan untuk memelihara kejernihan kulit muka. Selain itu terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat.

Penduduk Malaysia seharusnya berbangga kerana dikurniakan hutan tropika yang mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan terdapat 1001 penawar dan manfaat daripadanya. Hutan tidak perlu ditebang dengan sewenangnya kerana di situ mungkin terdapat tumbuhan renek dan akar kayu yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Justeru, setiap daripada kita seharusnya menghargai setiap tumbuhan yang ada di sekeliling kita.

BIBLIOGRAFI.
Betty Molesworth, Malaysia Nature Handbooks, Longman Malaysia Sdn. Bhd. 1981.
Mastika Bil. 680-685, Utusan Melayu Berhad,1998.
Mastika Bil. Julai-Disember, Utusan Melayu Berhad, 1996.
Wendy Huttan, Tropical Vegetables of Malaysia and Singapore, Periplus Editions, 1996.

SUMBER: DISINI

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Template by : kendhin x-template.blogspot.com