Followers

Khamis, 31 Disember 2009

Cuti sakit

Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.

Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?

Cikgu : Ya, saya.


Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?

Salmah : Emak saya...


---- sumbangan: (^_^)
gelihati.blogspot.com

Matahari

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"
Orang gila 2 : "Tahu apa?"
Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"
Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."


Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:
Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."
Dokter : "Kenapa?"
Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."
Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."
Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."
Dokter : "???"


---- sumbangan:Edry
gelihati.blogspot.com

Sea games

Dimulakan cerita diadakan sukan antara negara-negara ASEAN di KualaLumpur. Salah satu acara ialah pertandingan keras kepala. Cara pertandingannya ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan dan dapat kebawah tanpa apa-apa kecederaan. Dimulakan pertandingan peserta dari Thailand naik ke tingkat 1 dan terjun...whooosh! Gedegam! kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa-apa kecederaan.


Peserta kedua dar Filipina naik ke tingkat 2 dan terus terjun Zooooom!Bang! Dia bangun dan mengossokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ke 3 dari Singapura berlari ke tingkat 3 dan terus terjun ala Sommersault dan terus sampai ke bawah dengan pantas. Beliau dengan tangkas bangun dan mencuci kotoran dikepalanya.

Tiba pula peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat 4. Beliaudengan perlahan berjalan ke tingkat 4. Sampai ditepi beliau berdiri Sahaja. Pengadil menjerit jerit suruh dia terjun. Dia mengeleng-ngelengkan kepalanya kerana tidak mahu terjun. Jurulatihnya bertempik menyuruh dia terjun.Dia masih berdiri dan tidak mahu terjun. Oleh kerana beliau adalah peserta terakhir pengadil-pengadil memutuskan untuk bermesyuarat. Keputusannya pemenang pertandingan keras kepala adalah dari..... MALAYSIA!


---- sumbangan: Abu
gelihati.blogspot.com

Tips dari supervisor petronas

Ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang.... masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.70 sen kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen... mula2 mmg aku tak percaya... tapi......


1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun... dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu... tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
sudah la...
2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.
3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la
4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi
5. then korang tekan enter - 3x
6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka
7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi
8. tekan butang clear - 2x
9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi
10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang

"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!" so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 2.70 seliter...

HEHEHEHE aku pun terkena... Dah pegi buat keje! ;-D
gelihati.blogspot.com

Terlambat...

Pagi itu, Aku dan Mimi telah pun berada di Stesen Bas Pudu Raya.Kami sedang menunggu May dari pukul 9.30 pagi lagi. Suasana di sana agak sibuk pada hari sebegini. Hari kerja.
Dari tadi Mimi tidak bersuara langsung walaupun menjamah makanan yang dijual. Tiba-tiba, Mimi pun bersuara,”Manalah kawan kita tu? Janjinya tak pernah ditepati!"


“Sabarlah,Mimi.Lagipun baru setengah jam berlalu.”kataku untuk menenangkannya. Mimi membalas,”Itulah awak,Lisa!Terlalu beri muka kepada May tu!Tengoklah apa yang jadi sekarang!Dia sudah pijak kepala kita!”sergah Mimi.Aku terkejut. Sebelum ini dia tak pernah marahkan aku dan May.Mungkin ada apa-apa yg berlaku di antara mereka.

15-minit selepas itu May pun sampai. Aku pun segera bertanya kepada May mengapa dia datang lambat. May menjawab “ korang tak nampak ke yang aku ni siput babi?! Sebab itulah aku datang lambat! Ishhh…dah lima tahun kita berkawan, ko tak tahu aku ni siapa?!Ish,ish,ish!!!” Mimi pun membalas semula kata-kata May itu,”Ler!!!Sori May,aku terlupa plak!!”


---- sumbangan: mamak^era^baru
gelihati.blogspot.com

Buka cawangan

Seorang pengemis berdiri di pinggir jalan dengan memegang 2 buah topi yang lubangnya menengadah keatas di kedua tangannya. Datang seorang pejalan kaki dan memasukan wang kesalah satu topi sambil bertanya :


Pejalan kaki : Pakcik, kenapa pakcik memegang 2 buah topi ? Apa fungsi topi yang lagi satu?
Pengemis : Ketika ini dunia perniagaan sedang berkembang pesat, jadi saya memutuskan untuk menambah cawangan.


---- sumbangan: Pato
gelihati.blogspot.com

siapa Mary?

Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.....tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yg
terpinga2.....bertanya.....


"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....si isteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam.....namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba..si isteri menjawap...."kuda awak
telefon!!".....

P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah alasan yang lebih selamat :)


--- sumbangan: Jaslina

Rabu, 30 Disember 2009

Tazkirah Malam: Galakan Mengerjakan Ibadat Sunat

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Junjunganku (Nabi Muhammad SAW) telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan, mengerjakan dua rakaat sembahyang dhuha dan juga supaya aku mengerjakan sembahyang witir sebelum aku tidur.”


SUMBER: http://www.islam.gov.my/portal/

Insaniah Perkenal Pengajian Jarak Jauh Kewangan Islam


ALOR SETAR: Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal menjadikan Pusat Penyelidikan Ekonomi Islam (IERC), Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah sebagai pusat praktikal efisien bagi penuntut Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafahnya, bermula Julai tahun depan.


Ini kerana, IERC mempunyai kelengkapan sempurna dalam penyediaan maklumat kewangan Islam seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan Jepun.

Dekan Kulliyyah Muamalat, Profesor Dr Wan Sulaiman Wan Yusoff, berkata Insaniah yang komited mewujudkan pengajian jarak jauh bagi jurusan Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam melihat IERC sebagai pusat paling sesuai untuk tujuan itu.
"Dalam majlis menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) di Langkawi, baru-baru ini, Insaniah bersetuju mengikat kontrak perkhidmatan dengan IERC berkenaan pertukaran penuntut yang bakal membuat kajian kursus masing-masing.

"Insaniah juga akan menentukan jumlah penuntut yang layak ke IERC berdasaran keperluan kerja kursus mereka bagi melahirkan graduan yang bermutu dan diiktiraf,” katanya, di sini.
Majlis menandatangani MoU itu dilakukan dengan Institut Latihan dan Penyelidikan Islam (IRTI) dan Bank Pembangunan Islam (IDB) antara Rektor Insaniah, Datuk Dr Jamil Osman dan Pengarah IRTI-IDB berpusat di Jeddah, Arab Saudi, Dr Bambang PS Brodjonegoro.
Hadir menyaksikan majlis perjanjian pertama kali itu ialah Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Wan Sulaiman, berkata Insaniah juga bercadang untuk mengadakan majlis sidang ekonomi Islam kali kedua juga di Langkawi yang dijadualkan pada sama ada Julai atau September tahun depan bagi memantapkan kerjasama berterusan dengan IRTI-IDB.
"Insaniah juga komited untuk menjadikan sidang ekonomi Islam ini sebagai agenda tahunan sebagai antara cara memperkenalkan universiti di peringkat antarabangsa,” katanya.

SUMBER: http://www.kuin.edu.my

Wujudkan sudut pidato untuk penuntut di IPT: Saifuddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.


Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlebih dulu.

Beliau berkata, ia tidak semestinya mengikut acuan seperti “Speaker’s Corner” yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.
"Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini.

Kategori Bahasa Melayu dimenangi pemidato Universiti Putra Malaysia (UPM), Amirrudin Abd Rahman manakala kategori bahasa Inggeris dimenangi pemidato Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ain Anissa Mohamed, dan masing-masing membawa pulang hadiah RM5,000, piala pusingan serta piala iringan dan sijil penyertaan.

Saifuddin berkata, sudut pidato juga diharap dapat melonjakkan penganjuran dan penyertaan penuntut dalam kegiatan pengucapan awam yang kini berada di tangga paling bawah dalam lapan teras kokurikulum di universiti.
"Teras kokurikulum di universiti ada lapan, satu daripadanya adalah pengucapan awam. Malangnya status pengucapan awam pada hari ini berada di tangga paling bawah dari segi jumlah program yang dianjurkan oleh universiti dan penyertaan penuntut," katanya.

"Kalau sudut pidato ini dibuat sebagai sebagai satu platform akademik, saya yakin ia tidak akan menjadi masalah. Akta Universiti dan Kolej Universiti sudah dipinda, jadi penuntut boleh bercakap soal politik tapi janganlah bercakap atas platform parti dan perlulah sesuai dengan pendekatan ilmiah yang sesuai dengan pengajian," tambahnya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Kaedah pengiraan kemasukan ke IPTA kekal

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengekalkan kaedah pengiraan markah merit 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2010/2011.

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata ia akan membabitkan kemasukan ke IPTA bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi dan setaraf.


Beliau berkata, pemberian markah 10 peratus bagi kokurikulum akan ditentukan oleh Kementerian Pelajaran selaku kementerian yang menyelaras penganjuran, pemantauan, penilaian dan pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
"Justeru, KPT akan terus menerima markah 10 peratus untuk dipadankan dengan markah akademik sebanyak 90 peratus yang diperoleh daripada agensi peperiksaan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia, Majlis Matrikulasi dan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menghasilkan markah merit untuk pemilihan calon ke IPTA.

"Dasar perkongsian data KPT yang diguna pakai dengan agensi peperiksaan terbabit dan KPM juga dapat meningkatkan integriti dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dilaporkan KPT akan menggunakan sistem pengiraan merit 30 peratus kokurikulum dan 70 peratus akademik dalam usaha memperkasakan kokurikulum di IPTA bagi melahirkan graduan berkualiti.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata ia belum lagi dijadikan dasar kementerian itu dan kini dalam proses mengumpul maklum balas daripada orang ramai.

Selain itu, Radin Umar berkata kementerian juga sudah mengagihkan risalah lengkap ke semua sekolah menengah di seluruh negara mengenai dasar, cara permohonan dan kaedah pengiraan markah merit ke IPTA.

Katanya, pemohon juga digalakkan mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat dan panduan jelas daripada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah sebelum mengemukakan permohonan ke IPTA bagi sesi akademik 2010/2011.
SUMBER: BERITA HARIAN

Perihal Wanita, Jom kita kenali

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah

http://www.eizil.com/2009/08/10/perihal-wanita-jom-kita-kenali/

Selayang Pandang

Alhamduillah, setelah sebulan lebih bercuti, kini semester baru pun dibuka. Semester ni semester akhir pengajian saya dan suami saya kat Universiti Malaya. InsyaALLAH bulan Ogos atau September nanti konvo la. Semester ni ada kelainan sikit maklumla dengan kehadiran seorang anak dalam kehidupan saya dan suami. Alhamdulillah semester ni suami saya ada satu subjek je. Bolehla die jaga anak. Apa pun, Alhamduillah kehidupan kami suami isteri sangat bahagia dengan kehadiran anak kami yang tersayang.

Pelantikan pemegang Sarjana Pendidikan sebagai guru bergantung kekosongan

PUTRAJAYA 30 Dis. — Pelantikan lulusan Sarjana Muda Pendidikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai guru bergantung kepada pengkhususan yang dipilih serta kekosongan jawatan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata tidak semua graduan bidang itu dapat diterima kerana terdapat juga lepasan daripada institusi pendidikan guru yang telah diberikan latihan mengikut keperluan semasa.


"Masalah sekarang ialah graduan lepasan pendidikan IPTA melebihi penawaran.
Kita kenalah tengok pengkhususan dan opsyen yang dipilih oleh graduan IPTA itu, mungkin bidang yang dipilih graduan itu sudah mencukupi buat masa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai rungutan lepasan IPTA dalam bidang pendidikan bahawa mereka sukar mendapat pekerjaan sebagai guru.
Mohd Puad berkata pengadu boleh mengemukakan aduan kepada kementerian yang akan membantu mencari jalan penyelesaian.
Terdahulu beliau merasmikan Hari Kualiti dan menyampaikan Anugerah Kualiti peringkat Kementerian Pelajaran. Pada majlis itu Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran menerima Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Core Jabatan Pelajaran Perak memenangi Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran manakala Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Pelajaran dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Star, Kedah.
BERNAMA

Selasa, 29 Disember 2009

Ketahui rahsia khasiat makanan anda: Bhg. 2


Buah terung, avokado, pear baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Bentuk buah-buahan tadi kelihatan seperti organ tersebut. Kajian terkini menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu, hormonnya seimbang, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan dan menghindari kanser serviks. Adakah fakta ini berkebetulan? Pokok avokado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga.


Buah ara mempunyai biji yang banyak dan bergantungan di pokok dua setangkai. Buah ara dapat meningkatkan motiliti sperma lelaki serta meningkatkan jumlahnya dan juga mengatasi masalah kemandulan lelaki. Agaknya ia menyerupai apa?


Keledek menyerupai seperti pankreas dan ia sebenarnya dapat mengimbangkan indek glisemik pesakit kencing manis.






Buah zaitun pula baik untuk kesihatan dan dapat membantu fungsi ovari.



Limau grapefruit, oren dan buah-buahan sitrus kelihatan seperti kelenjar mamari wanita. Sebenarnya buah-buahan tersebut dapat membantu kesihatan payudara dan pergerakan keluar masuk limfa dari payudara.


Bawang besar kelihatan seperti sel tubuh. Kajian masa kini menunjukkan bawang besar dapat membantu membersihkan bahan sisa dari sel-sel tubuh. Ia juga boleh menyebabkan air mata yang membasuh lapisan epitelial mata.


ketahui rahsia khasiat makanan anda : Bhg 1

Agaknya sudah beribu kali anda mendengar atau membaca ungkapan ini, "Anda adalah apa yang anda makan". Oleh itu memilihlah bila makan. Kearifan orang dahulu tentang permakanan kini disahkan oleh kajian sains. Setiap makanan berkhasiat mempunyai corak menyerupai organ tubuh atau fungsi fisiologikal yang menggambarkan faedah makanan tersebut kepada seseorang yang memakannya.

Berikut beberapa contoh apa yang dimaksudkan:


Karot yang dihiris kelihatan seperti mata manusia. Pupil, iris dan garisan jejari seakan-akan mata manusia. YA, sains telah membuktikan karot membantu pengaliran darah ke dan dari mata serta fungsinya.


Tomato mempunyai empat ruang dan berwarna merah. Jantung kita berwarna dan mempunyai 4 ruang. Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan tomato adalah makanan untuk jantung dan darah.



Anggur tergantung dalam kelompok yang mempunyai bentuk seperti jantung. Setiap biji anggur kelihatan seperti sel darah. Kajian-kajian yang dijalankan dewasa ini menunjukkan anggur adalah makanan yang memberi tenaga kepada jantung dan darah.





Kacang walnut kelihatan seperti otak, ada hemisfera kanan dan kiri, sereberum atas dan sereberum bawah, neo-kortek pun ada juga. Kini kita telah tahu bahawa kacang walnut membantu mengeluarkan 3 dozen neurotransmiter untuk fungsi otak.


Kacang bunus membantu menyembuh dan memelihara fungi buah pinggang. Ya kacang bunus nampak betul-betul seperti buah pinggang manusia.



Sayur saderi, bok choy, rubarb dan banyak lagi kelihatan seperti tulang. Sayur-sayuran ini adalah untuk kekuatan tulang. Tulang mengandungi 23% sodium, begitu juga dengan sayur-sayuran ini, 23% sodium. Sekiranya permakanan anda tidak mempunyai cukup sodium, tubuh anda akan mengambilnya dari tulang dan membuatnya menjadi tidak kuat.

Kesan Radiasi Telefon Bimbit

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:



Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

hasilnya seperti gambar dibawah:





Kesimpulan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri? fikir-fikirkan.

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Template by : kendhin x-template.blogspot.com