: WaRkaH WaNiTa :

Followers

Memaparkan catatan dengan label Tokoh serikandi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh serikandi. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Mac 2010

Adakah kita setabah Zainab al Ghazali???

Tanggal 3hb August 2005, ummat Islam kehilangan salah seorang pejuang wanita Islam yg paling hebat di zaman ini; Zainab al-Ghazali.

Zainab Al Ghazali dilahirkan pada 1971 di Al-Bihira, Mesir; berketurunan drp Umar al Khattab, khalifah kedua Islam. Zaman mudanya dihabiskan dgn mencari ilmu dan pelbagai aktiviti yang membolehkan beliau menjadi barisan utama didalam perjuangan Islam di Mesir kemudiannya. Bapa beliau berpendidikan Al-Azhar dan merupakan anak murid antaranya Sheikh Ali Mahfouz, Sheikh Muhammad Al-Awdab dan Muhammad El-Najjar.


Zainab berasal drp keluarga yg aktif berpolitik dan disegani. Semasa muda, beliau merupakan seorang ahli Gabungan Feminis Mesir yg aktif, tetapi pada tahun 1936, semasa berusia 18, beliau menubuhkan persatuan beliau sendiri; Persatuan Wanita Islam, utk mengurus kerja2 wanita2 Islam bersesuaian dgn ajaran Islam.

Semasa disinilah beliau bertemu dgn Imam Hassan al-Banna, pengasas Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin). Al-Banna mengajak beliau supaya mengetuai cabang wanita Ikhwan dan menggabungkannya dgn Persatuan Wanita Islam. Beliau menolak tetapi akhirnya memberikan bai’ah secara rahsia kpd Al-Banna untuk membantu perjuangan Ikhwan.

Selepas kematian Al-Banna dan keberikutan drp pemenjaraan dan pembunuhan pimpinanIkhwan, Zainab bersama2 dgn Syed Qutb dan Abd al-Fattah Ismail berpadu sebagai pemandu yg baru kpd gerakan Ikhwan dan mencapai orgramai melalui penulisan mereka dan ceramah. Rumah Zainab pula dijadikan medan utk golongan muda bertemu dan mendalami kecintaan mereka kpd ilmu Islam dan idaman mereka utk memperbaiki keadaan masyarakat mereka, serupa dgn rumah Al-Arqam semasa dijadikan sebagai medan pertemuan generasi Islam pertama 1400 tahun yg lalu.

Tetapi, mana2 gerakan yg inginkan perubahan sudah tentu akan bertemu dgn mehnah dan ujian drp golongan yg takut dgnnya; kerajaan. Dgn beberapa pimpinan Ikhwan, Zianab ditangkap oleh presiden Jaml’ Abd Al-Nasr pada 1965, dibicarakan pada 1966 dan dijatuhi hukuman sangat keras selama 25 tahun. Sebelum pembicaraan dan sepanjang menjalani hukuman, beliau telah disiksa dgn sgt hina, seperti yg dirakamkan beliau dlm bukunya, ‘The return of the Pharoah’ (saya tidak ingat tajuk buku ini dlm bahasa Melayu walaupun pernah membacanya dlm kedua2 bahasa).

Tetapi beliau kuat dan beristiqamah, tidak mahu utk menanda-tangani pengakuan palsu atau menipu mengenai aktiviti sahabat2 seperjuangnnya. Beliau kemudiannya dilepaskan pada 1971 ketika president Anwar Sadat (selepas kematian Nasr).

Setelah beliau dibebaskan dr penjara, Zainab kembali mengajar dan berjuan sebagai pembakar semangat kpd generasi pejuang Islam, lelaki dan wanita. Beliau menunjukkan contoh kpd wanita Islam bagaimana boleh mereka boleh memenuhi tanggungjwab mereka sebagai isteri dan ibu, tetapi dlm masa yg sama memberikan sumbangan kpd masyarakat dan dakwah, mengajar dan memanggil manusia kpd ajaran Islam. Beliau seorang penulis yg disanjung tinggi, kerap menulis utk journal2 Islam, selain menerajui ajaran tafsir al-Quran.

Barangkali, pelajaran yg paling baik utk kita pelajari drp Zainab adalah kekuatan beliau didlm menjalani ibadah kpd Allah. Beliau menjadikan kehambaannya kpd Allah yg mengatasi segala2nya dlm hidup beliau seperti ucapan beliau yg sgt terkenal kpd suami beliau sebelum berkahwin:

‘…. Mari kita berjanji, berjani sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yg pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya utk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dlm diriku…’

Zainab meninggal dunia pada usia 88, semoga perjuangan beliau menjadi sumber inspirasi kpd wanita muslimah kini.

SUMBER: DISINI

Rabu, 17 Februari 2010

Kisah Zinnirah...

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan.

Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.


Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah SAW, terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni baik lawan mahupun kawan.

Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik.

"Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan "Allah.. Allah.."

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Latta dan Uzza, namun iman Zinnirah tidak luntur.

Zinnirah tegas berkata, "Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa".

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Allahuakbar...

Sumber: DISINI

Rabu, 3 Februari 2010

Saidatina Khadijah sumber kekuatan Rasulullah

ISTERI Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah binti Khuwailid ialah wanita pertama beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah.

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.

Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan... daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.

Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya.

Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.

Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.

Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.

Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Sumber : DISINI

Ahad, 24 Januari 2010

Fatimah Asad Ibu Mithali

"FATIMAH binti Asad ialah ibu kepada Ali bin Abu Talib. Abu Talib adalah bapa saudara Nabi Muhammad. Selepas Aminah meninggal dunia, Abu Talib mengambil tanggungjawab menjaga Nabi Muhammad.


Semasa Nabi Muhammad tinggal dengan Abu Talib, Fatimah menjaga anak saudaranya dengan baik.

Segala makan minum, tempat tinggal dan pakaian Nabi Muhammad disediakan oleh pasangan suami isteri itu mengikut kemampuan mereka.

Nabi Muhammad merupakan seorang yang baik, jujur, amanah dan menghormati orang yang lebih tua daripadanya.


Fatimah adalah antara wanita yang awal memeluk agama Islam. Semasa Nabi Muhammad dilantik menjadi nabi, Fatimah memberi sokongan padu kepada Nabi Muhammad bagi menegakkan agama Islam.

Anak-anak Fatimah juga turut mengikuti jejak langkah ibunya dengan memeluk agama Islam. Antara anak Fatimah yang memeluk Islam ialah Uqail, Jaafar, Ali, Ummu Hani dan Talib.

Nabi Muhammad sangat menghormati Fatimah seperti ibunya sendiri.

Semasa Fatimah tinggal di Madinah, Nabi Muhammad sering berkunjung ke rumah Fatimah dan berehat serta tidur pada siang hari di rumah itu.

Begitu juga keadaan berlaku semasa Fatimah tinggal di Mekah. Nabi Muhammad sering ke rumah Fatimah untuk berjumpa dengan ibu saudaranya itu.

Ada seorang lelaki tua bercerita kepada jirannya tentang Fatimah binti Asad. Lelaki tua itu berkata: “Nampaknya keluarga Fatimah sangat rapat dengan Muhammad. Fatimah menjaga Muhammad dengan baik sekali”.

Lalu jiran itu berkata pula: “Bukankah Fatimah itu isteri kepada Abu Talib? Abu Talib adalah bapa saudara Muhammad”.

“Ya,” jawab lelaki tua itu.

Jiran itu menambah lagi: “Sekarang ini Muhammad sudah berkahwin dengan Siti Khadijah. Saya dapat tahu bahawa Ali, anak Fatimah tinggal bersama Muhammad”.

“Ya. Saya juga dengar berita itu,” kata lelaki tua itu pula.

Lelaki tua itu tersenyum mendengar cerita jirannya itu. Lelaki tua itu berkata lagi: “Sejak kecil Fatimah mendidik dan menjaga Muhammad. Sudah tentu Fatimah mengetahui sifat-sifat yang ada pada Muhammad.

“Saya sendiri melihat Muhammad itu baik orangnya. Dia seorang yang amanah, jujur dan baik budi pekerti. Muhammad tidak pernah memungkiri janji”.

“Patutlah Fatimah sanggup membiarkan Ali tinggal bersama Muhammad. Sekiranya saya ada anak, sudah tentu saya juga ingin melihat anak saya tinggal bersama Muhammad. Pasti Muhammad dapat mendidik anak saya menjadi orang baik,” kata jiran itu panjang lebar.

Rata-rata orang yang mengenali Fatimah binti Asad akan memuji sifat keibuannya. Dia pandai mendidik anak sehingga anak-anaknya menjadi anak yang baik.

Sejarah Islam mencatatkan bahawa anak Fatimah iaitu Ali bin Abi Talib telah dilantik menjadi Khalifah yang ketiga selepas Khalifah Umar al-Khattab menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Fatimah juga menyumbang usahanya kepada Islam. Dia adalah seorang wanita yang suka menghafal dan melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Sepanjang hayat, dia telah melaporkan sebanyak 46 buah hadis.

Ali bin Abi Talib iaitu anak Fatimah telah berkahwin dengan anak Nabi Muhammad iaitu Fatimah az-Zahra. Semasa Fatimah az-Zahra menjadi menantunya, Fatimah menjaga menantunya dengan baik.

Ada satu peristiwa yang berlaku semasa Fatimah di rumahnya. Ali meminta ibunya membantu isterinya di rumah.

Ali berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, bolehkah ibu membantu isteri saya mengambil air dan membuat pekerjaan yang lain. Isteri saya akan membantu ibu membuat roti untuk kita makan pada hari ini”.

“Boleh. Ibu sedia buat apa sahaja untuk anak dan menantu ibu yang disayangi itu,” kata Fatimah kepada anak lelakinya.

Semasa Fatimah menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nabi Muhammad datang menziarahi jenazah Fatimah.

Nabi Muhammad berdoa kepada Allah, “Semoga Allah menyayangi diri Fatimah. Dia merupakan ibu bagi diri saya. Walaupun dia lapar, dia tetap memberi saya makan sehingga kenyang.

“Apabila pakaian saya koyak dan kotor dia akan beri pakaian yang baik kepada saya. Dia akan menghidangkan saya makanan yang enak dan lazat. Semoga Allah membalas jasa dan kebaikan Fatimah di akhirat kelak”.

Kisah srikandi Fatimah merupakan kisah teladan yang boleh dijadikan contoh. Ibu mithali sangat dihormati dan disayangi oleh anak-anak.

from:Alisha_mardhiyah.
Sumber:klik disini

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Template by : kendhin x-template.blogspot.com