Followers

Ahad, 23 Disember 2012

HIMPUNAN DOA KETIKA MUSIM TENGKUJUH

Assalamualaikum...


Di kala musim tengkujuh yang melanda, ingin sy kongsikan himpunan doa-doa yang boleh kita sama-sama amalkan supaya kita semua dapat menghadapi musibah yang melanda ini dengan tenang dan semoga di jauhi segala kesusahan.

Ibnu Qudamah dalam Al Mughni, 4/342 mengatakan, “Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

 اُطْلُبُوا اسْتِجَابَةَ الدُّعَاءِ عِنْدَ ثَلَاثٍ : عِنْدَ الْتِقَاءِ الْجُيُوشِ ، وَإِقَامَةِ الصَّلَاةِ ، وَنُزُولِ الْغَيْثِ
 “Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dilaksanakan, dan [3] Sewaktu hujan turun.”
Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al Umm dan Al Baihaqi dalam Al Ma ‘rifah dari Makhul secara mursal. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat hadis no. 1026 pada Shohihul Jami’)

DOA KETIKA MENDENGAR GURUH



سُبْحَاْنَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلاَ ئِكَتهُ مِنْ خِيْفَتِهِ 

Bermaksud: "Maha suci Allah, Guruh bertasbih dengan kepujianNya, dan Malaikat juga bertasbih kerana takutkanNya". 

DOA KETIKA HUJAN TURUN 


 اَللّهُمَّ صَـيِّباً نَافِعًا 

Bermaksud : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari). 


DOA SETELAH HUJAN REDA


مُطِرْنَاْ بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ 

Bermaksud: Diberi hujan kepada kami kerana kurnian Allah dan rahmatNya. 


DOA KETIKA ANGIN BERTIUP (RIBUT)



اَللّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَاْ وَخَيْرَ مَاْ فِيْهَاْ وَخَيْرَ مَاْ أُرْسِلَتْ بِهِ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَاْ وَشَرِّمَاْ فِيْهَاْ وَشَرِّ مَاْ أُرْسِلَتْ بِهِ 

Bermaksud: "Ya Allah, Sesungguhnya daku bermohon kepada Mu kebaikan angin ini, Kebaikan apa yang ada padanya, dan kebaikan apa yang di bawahnya, daku berlindung kepadaMu dari keburukannya, keburukan yang ada padanya dan keburukan yang di bawahnya" 
(HR Bukhari 4/76 dan Muslim 2/616).


DOA KETIKA HUJAN TERLALU LEBAT DITAKUTI MENDATANGKAN MUDHARAT (MENGALIHKAN HUJAN / SUPAYA HUJAN BERHENTI)


اَللّهُمَّ حَوَالِيْنَاْ وَﻻَ عَلَيْنَاْ ، اَللّهُمَّ عَلـى اْﻻَ ٰكَاْمِ وَالْظَّرَابِ وَبُطُوْنِ اْﻷَوْدِيَةِ ، وَمَنَاْبِتِ الْشَّجَرِ 

Bermaksud: “Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, beberapa anak bukit, lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.”
(Hadith Bukhari dan Muslim).

Typing Test

Visit the Typing Test and try!

Template by : kendhin x-template.blogspot.com