GATAL KERONGKONG
Untuk menghilangkan gangguan ini, cubalah petua berikut. Ambil 2-3 helai daun salam segar yang telah dicuci bersih. Masukkan dalam mangkuk. Rendam dengan air panas. Tambahkan sedikit garam kemudian tutup. Biarkan hingga sejuk kemudian minumlah hingga habis.
DAUN PETAI CINA UBAT KURAP
Jika anda mempunyai penyakit kurap, ada petua tradisional untuk mengatasinya. Ambil segenggam daun petai cina, tumbuk hingga halus. Campurkan daun tersebut dengan satu sudu teh kapur sirih, kemudian adukkan hingga rata. Oleskan ramuan tersebut pada bahagian tubuh yang terkena kurap. Lakukan secara teratur hingga kurap itu beransur hilang.
KEDELAI UBAT SAKIT GINJAL
Tahukah anda bahawa kedelai ternyata boleh menyembuhkan penyakit ginjal? Rebus tiga sudu makan kacang kedelai dengan empat gelas air hingga mendidih. Biarkan air rebusan menjadi satu gelas. Minumlah ramuan ini ketika masih panas setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur.
KHASIAT RAGI TAPAI
Berbedak dengan bahan-bahan yang boleh memanaskan badan amat baik untuk mengembalikan kesihatan. Bahan yang baik dijadikan bedak ialah ragi tapai. Caranya ambil sebuku ragi tapai , tumbuk halus hingga menjadi serbuk. Bancuh dengan air, jadikan seperti bedak sejuk, setelah itu bancuh dengan air sejuk.
PETAI JAWA UBAT KENCING MANIS
Ambil petai jawa atau petai belalang yang sudah tua dan kering. Goreng petai itu tanpa minyak sehingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus seperti serbuk kopi. Ambil beberapa sudu kemudian dibancuh dengan air panas seperti membancuh kopi. Minumlah seperti anda minum kopi. Amalkan meminum ramuan ini.
DAUN BETIK MENGUBAT LUKA
Sekiranya anda luka terkena pecahan kaca dan serpihan kaca tertinggal dikaki, ambil daun betik dan tumbuk dengan sedikit garam hingga lumat. Tempelkan daun betik yang telah lumat itu pada luka tersebut dan balutlah dengan kain bersih. Insya-allah dalam beberapa hari serpihan kaca yang masih tinggal pada luka itu akan keluar dan lukanya akan segera kering dan sembuh.
Selamat Hari Lahir Sayang
11 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan