Possing terbaru muhaimin...
Hari demi hari berlalu, dh semakin besar rupanya anak umi nie.. dah dekat nak masuk dua bulan dah.. bila di fikirkan balik, untuk smpai ke tahap nie, bukanlah senang, berbagai susah payah, suka dan duka kami lalui.. membuatkan kami, apabila teringatkannya senyum sendirian.. hehehe… inilah buah hati kami MUHAMMAD MUHAIMIN AL-HAFIZI BIN MOHD YUSOF… kehadirannya amat membahagiakan kami… Terima kasih yang tak terhingga atas kurniaan ini YA ALLAH…
Pasal jagaan pulak, sejak kelahirannya lagi, sy dan suami sudah tekad untuk Muhaimin tinggal bersama kami, walaupun sudah beberapa kali di pujuk oleh tok dan nenek supaya tinggalkan muhaimin untuk mereka jaga di kampung kerana tahun ini adalah tahun terakhir pengajian kami.. dan kami juga perlu menyiapkan sebuah kertas projek yang tidak sedikit payahnya..dan dalam menyiapkannya juga memerlukan komitmen dan kesungguhan mencari bahan yang tinggi… fikir mereka ini akan menyukarkan kami lebih-lebih lagi kami yang tiada langsung pengalaman menjaga anak sebelum ini… Akhirnnya kami tetapkan keputusan, Muhaimin akan tinggal bersama kami, susah payah kami akan cuba harungi…
Sebenarnya bukan kami tak nk tinggalkan muhaimin di kampung, tapi entahla, hati kami betul-betul berat untuk merelakannya.. maklumlah, kadang tu tak smpai 1 minit je x tgk muhaimin, dh rindu gile dh.. lebih2 la lagi klu Muhaimin duk kt kmpung, bertambah2 la rindu kami..huhu.. kertas projek pun boleh tergendala di buatnya kalau keadaan macm tu.. dan alhamdulillah sekarang ini, Allah permudahkan kami.. Mak bersetuju untuk tinggal bersama kami di sini untuk menjaga muhaimin sepanjang kami menyiapkan kertas projek kami nanti… Alhamdulillah…
tengah tengok sape tu? tgk Abi ke?
Selamat Hari Lahir Sayang
11 tahun yang lalu
Cutenyer muhaimin.. mcm mak sedara dia ni...
BalasPadamTahniah !! Moga Muhaimin mbesar sebagai mujahid!
Aku nampak sinarnya di situ...
salam..comel la budak kici ni..hehe..kain yg putih hanya kan cantik bila org yg mencorakkannya pandai menggunakan warna2 dan corak2 yg cantik n_n
BalasPadamSalam,
BalasPadamInsyaallah mudah-mudahan Al-Hafiz seindah namanya dan menjadi seorang mujahid yang tidak gentar menyatakan kebenaran dan tidak takut menegah kebathilan.